"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib 'jemput' Anwar ke majlis hari terbuka?

Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat.

Laman rasmi Facebook Anwar memuat naik kad jemputan itu, yang mencatatkan nama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dahulu, mungkin kerana beliau adalah presiden PKR dan ketua pembangkang di Parlimen.

Dan ia mengundang pelbagai komen dari ramai pengguna Facebook.

"Ini semua lakonan semata2... nak tunjukan pada rakyat malaysia yg dia baiklah konon.” tulis Syed Abdillah Al-Attas.

"Senang dia masukkan DSAI di Sg. Buluh… bila menjelang raya… buat2 jemput kerumah beliau di Putrajaya,” tulis Pak Su loi.

Banyak juga berkata jangan terima jemputan tersebut.

Namun, ramai juga yang nampaknya mempercayai jemputan itu bermakna Anwar boleh meluangkan beberapa jam di luar penjara dan menasihatkan beliau tidak menerimanya.

"Tak wajib hadir… peringatan pancing, untuk kurangkan kemarahan rakyat pada Umno,” tulis Md Lami.

"Ni mereka nak hina Anwar la… mereka tahu Anwar dalam penjara akibat perbuatan mereka sendiri, tapi masih lagi 'buat-buat' dan jemput beraya… Karma itu ada,” tulis Pius K Francis Pius.

"Tu perangkap. Lepas pergi, esok Jibby buat laporan polis bahawa dia kena liwat,” tulis wrote Kelvin Yong.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: