"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peringatan untuk Pegawai yang menerima ELAUN KERAIAN.

Salwa
Bagi Pegawai-pegawai kerajaan gred 43 keatas, mereka diperuntukan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka.elaun keraian diberikan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam di perenggan A2,lampiran G bil 1..

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap mengikut gred yang disandang.

Elaun minima RM400 sebulan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Tujuan pemberian elaun tetap keraian adalah atas dasar sebab jawatan dan tanggungjawab pegawai terbabit yang memerlukan mereka meraikan tetamu,persaraan dan petukaran kakitangan bawahan bagi mewujudkan suasana ramah mesra serta pembelian barangan untuk kegunaan jabatan dalam jumlah yang kecil- FAQ SSM oleh JPA

Sebarang majlis keraian yang diadakan tidak memerlukan kutipan wang daripada pegawai-pegawai yang tidak menerima elaun keraian ini.

Namun pada kebiasaannya, elaun keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri dan keluarga. Digunakan untuk membayar hutang-hutang peribadi serta ada dijadikan simpanan.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai pegawai kerajaan, andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka diraikan dgn mengadakan jamuan dan sebagainya sepatutnya ditanggung oleh pegawai yang menerima elaun keraian untuk membayai perbelanjaan majlis tadi.sebaliknya perkara ini tidak berlaku dan perbelanjaan tadi ditanggung oleh pejabat.

Perlu lah diingatkan wahai pegawai yang menerima elaun keraian.setiap wang yang diterima setiap bulan yang tidak dibelanjakan pada perkara yang betul kelak akan dipersoalkan oleh Allah swt nanti..maut adalah benar,kehidupan selepas adalah pasti.
Wallahua'lam..😔

(Bekas pegawai kerajaan Gred 48)

Tiada ulasan: