"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rombakan Kabinet: Siapa dua Menteri bakal digugurkan?

PETALING JAYA: Dua Menteri Kabinet dijangka digugurkan menerusi rombakan kabinet yang diramal dilakukan selepas sambutan Aidilfitri.

Akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat pada Ahad meramalkan, salah seorang Menteri yang digugurkan itu akan ditawarkan sebagai Pengerusi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Akhbar itu turut meramalkan Menteri Pembangunan luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Apdal akan bertukar portfolio.

Shafie, antara pemimpin UMNO yang dilihat tidak senada dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kontroversi 1MDB.

Malah, cakap-cakap politik mendakwa skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia lebih mensasar untuk menjatuhkan reputasi Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab.

Seorang lagi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut dinamakan akan bertukar pottfolio.

“Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan. Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut,” tulis Awang Selamat.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad pula dikatakan akan dibawa masuk semula ke Kabinet dan bakal menjadi Menteri kanan.

“Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis.

“Ia juga mesej jelas kepada semua bahawa beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu,” kata Awang Selamat.
-fmt-

Tiada ulasan: