Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya.
Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah bertulis "undur Najib".
Mereka mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 10 pagi dan membawa sepanduk bertulis "Tun, you are not alone" dan "welcome Tun M".
Turut kelihatan hadir untuk menyambut negarawan itu ialah Umi Hafilda Mohd Ali dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
-malaysiakini-
1 ulasan:
Hari tu ada sorg pompuan kena tangkap sbb letak sticker undur najib kat kereta dia.
Ni kpn tak mau buka kertas siasatan ke?
Ramai tu siap pakai tshirt undur najib.
Catat Ulasan