"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Dewan Pemuda PAS Kelantan Jadi Kalut?

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata pendirian mana-mana wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) wajar diperjelaskan supaya pengundi dapat membuat penilaian pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.

Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menggesa mana-mana wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan, menyatakan pendirian masing-masing.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pendirian mereka wajar diperjelaskan agar pengundi dapat membuat penilaian khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita juga mahukan Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar nyatakan pendirian beliau sama ada masih mahu bersama PAS ataupun Amanah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelepasan kembara 'Asean Rides Festival 2015 Zon Timur' di perkarangan Kota Darul Naim hari ini.

Sebanyak 150 buah motosikal berkuasa tinggi yang menyertai kembara berkenaan dilepaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad Fadhli mengulas mengenai dakwaan 10 orang wakil rakyat dari negeri itu dikhabarkan akan menyertai Amanah dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai pendirian Amanah Kelantan yang mendakwa mereka tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang di negeri itu, Ahmad Fadhli berkata PAS Kelantan akan sentiasa berwaspada.

"Gerak kerja mereka hari ini, mereka turun ke kampung-kampung, beri penerangan, menunjukkan mereka seolah ada niat untuk bertanding. Jadi bagi kita, kita sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan kalau Amanah nak bertanding di Kelantan," katanya.

Berhubung kerjasama antara PAS dan Amanah pada masa akan datang, beliau berkata ia tidak mungkin berlaku kerana dasar kedua-dua parti berbeza.

"Macam mana hendak berbaik dengan PAS sebab mereka sendiri serpihan daripada PAS. Mereka seolah-olah menyatakan tidak setuju dengan dasar PAS itu sendiri. Saya kira ini hanya omong kosong daripada Amanah," katanya.
-malaysianinsider-
* PAS dah jadi bertambah kuat, lagi pun Amanah akan tenggelam dan hanya mampu bertahan selama 2 tahun seperti kata Tuang Presideng

Tiada ulasan: