"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita mengandung maut dilanggar kereta lumba

Wanita mengandung maut dilanggar kereta lumba
Wanita mengandung maut dilanggar kereta lumba Sedutan video menunjukkan kereta lumba jenis Peugot 206 terbabas dan melanggar penonton di Sepanyol, semalam
CARRAL - SEPANYOL. Enam maut termasuk dua wanita mengandung selepas dilanggar kereta lumba dalam sebuah kejohanan semalam.

Menurut laporan Dailymail, seramai 16 orang termasuk empat kanak-kanak cedera selepas kereta tersebut terbabas keluar dari trek.

Siasatan awal mendapati kereta lumba jenis Peugot 206 berkenaan melanggar lebih 20 orang penonton.

Tiada sebarang pagar keselamatan diletakkan di kawasan kejadian.

Kejohanan lumba tersebut yang disertai lebih 100 peserta digantung-serta merta akibat kejadian berkenaan.

"Angka korban dijangka meningkat," kata jurucakap polis.
-sinarharian-

Tiada ulasan: