"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemaluan putus digigit kuda

Kemaluan putus digigit kuda
Kemaluan putus digigit kuda Keadaan kanak-kanak tersebut di hospital. - Foto Metro.co.uk
ZHYTOMYR OBLAST - UKRAINE. Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kemaluannya putus digigit oleh seekor kuda, minggu lepas.

Menurut laporan Metro.co.uk, kanak-kanak berumur enam tahun berkenaan sedang menunggang basikal melepasi kuda tersebut sebelum kejadian.

Menurut ayah kanak-kanak tersebut yang enggan dikenali, anaknya menjerit selepas diserang dan beliau menjumpai anggota badan yang putus digigit haiwan tersebut.

"Saya meletakkan tangan saya ke tempat luka untuk menghentikan pendarahan," katanya kepada wartawan.

Kanak-kanak tersebut kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan.

Walaupun kemaluan kanak-kanak tersebut berjaya disambungkan, doktor menyifatkan kejadian tersebut sebagai sangat luar biasa.

"Ada kes yang sukar pada masa lalu, contohnya putus jari akibat digigit kuda, tetapi kejadian kali ini memang luar biasa," kata doktor, Igor Vishpinsky
-sinarharian-

Tiada ulasan: