"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Adun PAS turut sertai lawatan kali kedua DAP ke negara Islam (Gambar)

Satu rombongan pemimpin DAP membuat lawatan kerja ke beberapa negara Timur Tengah seperti Turki. – Gambar ihsan Zairil Khir Johari, 14 Oktober, 2015.
Satu rombongan pemimpin DAP membuat lawatan kerja ke beberapa negara Timur Tengah seperti Turki. – Gambar ihsan Zairil Khir Johari, 14 Oktober, 2015.

Selepas lawatan kerja kali pertama ke Mesir dan Jordan yang mencetuskan kontroversi, DAP meneruskan lagi rombongan ke negara Islam iaitu Tunisia dan Turki, yang sedang diadakan ketika ini sejak Isnin hingga Sabtu ini.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang berada di sana ketika ini, lawatan kerja DAP ke negara Islam itu diketuai Lim Kit Siang, bersama Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Turut menyertai rombongan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Terengganu dari PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Zairil berkata lawatan kerja tersebut bertujuan bertukar fikiran dengan pemimpin politik dan masyarakat negara tersebut mengenai proses demokrasi terutamanya peranan gerakan siasah Islam dalam suasana pasca-revolusi Arab Spring.

"Tunisia adalah tapak mulanya revolusi Arab Spring pada akhir tahun 2010 dengan penggulingan diktator Zine El Abidin Ben Ali dan rejim kuku besi yang berkuasa selama 55 tahun.

"Namun, sambil negara-negara Arab Spring lain seperti Mesir dan Libya menemui kebuntuan setelah menjatuhkan rejim autoritarian di negara masing-masing, Tunisia berjaya melakukan peralihan kepada sistem demokrasi yang berteraskan kepada nilai-nilai kesaksamaan, keadilan dan keterangkuman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairil berkata lawatan kerja DAP termasuklah membuat kunjung hormat kepada Presiden Hizbul Ennahdah dan seorang tokoh agama yang sangat disegani dan dihormati bukan sahaja di Tunisia malah dalam dunia Islam iaitu Sheikh Rached Ghannouchi.

Hizbul Ennahdah ialah gerakan siasah Islam dan parti politik terbesar ketika ketegangan politik di Tunisia pada 2013.

Rombongan DAP itu turut mengadakan dialog dengan anggota Parlimen Ennahdah di Bangunan Parlimen di Tunis, ibu kota Tunisia beberapa ahli Parlimen Tunisia lain serta bertemu pertubuhan bukan kerajaan yang baru-baru ini memenangi Hadiah Nobel Perdamaian.

Pada Mei lalu DAP mengadakan lawatan kerja di negara Islam, Jordan dan Mesir yang mencetuskan kontroversi kerana ia dipersoalkan sesetengah pihak yang ingin tahu motif parti sekular itu memandangkan perselisihannya dengan PAS berhubung isu hudud.
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Apa pulak kontroversinya??? Islam di Malaysia ialah Islam yang telah dimelayukan. Banyak benda yang ganjil dalam Islam berlaku di Malaysia. Mereka pergi ke sana untuk mengetahui lebih dekat lagi bagaimana Muslim disana melihat perkara yang serupa. Negara-negara yang dilawati lebih awal menerima Islam yang dibawa oleh para sahabat. Ketika mereka telah Islam Melayu ketika itu sedang menyembah pokok, batu dan hantu!!. Biarlah mereka meluaskan ilmu mereka mengenai Islam. Mana tahu, kuasa Allah s.w.t. memungkinkan segalanya!!