"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pas berpatah arang dengan Pakatan Harapan

FMT Reporters
tuan-haji-man,pakatan-harapanPETALING JAYA: Pas membuat keputusan tegas untuk tidak menyertai Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan permainan DAP.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sudah serik dengan permainan DAP dan tidak akan membiarkan ia menjadi mangsa serangan.

“Bagi Pas dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena.

“Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP ‘serang’ Pas selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik,” katanya yang dipetik daripada Antarapos

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada Ahad dilaporkan berkata, PKR masih mengharapkan Pas menyertai gabungan itu.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR juga dalam kenyataan media mengharapkan penyertaan Pakatan Harapan diperluas kepada Pas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Susulan kenyataan itu, Tuan Ibrahim menasihatkan PKR supaya menghormati dasar dan perjuangan Pas yang tidak mungkin dikorbankan semata-mata kerana mahu menyertai Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: