"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 lagi tokoh Yapeim hadir ke SPRM, selewengan dana bantuan banjir di Kelantan

2 lagi tokoh Yapeim hadir ke SPRM kerana salah guna dana banjir

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap pegawai atasan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia berhubung salah guna dana bantuan banjir di Kelantan.

Dua tokoh utama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi merekodkan kenyataan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk bantuan banjir di Kelantan.

Seorang anggota kanan yayasan itu dilihat di ibu pejabat SPRM Selangor, Shah Alam pada 9.30 pagi.

Beliau tiba dengan seorang teman di tingkat 7 pejabat sebelum naik ke atas bagi direkodkan kenyataan, mengelak daripada wakil media yang menunggu di hadapan lif.


Sementara itu, seorang lagi individu yang memegang jawatan tinggi dalam agensi berkenaan, tiba beberapa minit sebelum itu menuju terus ke bilik soal siasat.

Kedatangan mereka di pejabat SPRM hari ini seminggu selepas badan anti rasuah merekodkan kenyataan daripada ahli Wanita Umno Kelantan bagi membantu siasatan.

Sumber yang maklum dengan penyiasatan itu berkata, sukar untuk mendapatkan sesi berkenaan kerana kedua-dua tokoh utama itu mempunyai "jadual yang sibuk".

Sesi kali ini dijangka berlangsung sepanjang hari memandangkan penyiasat mempunyai senarai soalan yang panjang untuk ditanyakan kepada mereka.

Pada 7 Oktober, SPRM mengambil keterangan daripada pemimpin Wanita Umno Kelantan yang memegang jawatan tinggi di Yapeim.

Yapeim merupakan sebuah agensi di Jabatan Perdana Menteri dan di bawah bidang kuasa menteri yang menjaga hal ehwal Islam.

Difahamkan siasatan SPRM memberi tumpuan kepada dakwaan penyelewengan dana bernilai jutaan ringgit, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

Dilaporkan badan anti rasuah itu juga mungkin menyoal ahli keluarga wanita itu serta lain-lain pegawai kanan Yapeim untuk membantu siasatan.

SPRM juga sedang mengkaji kemungkinan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana Yapeim bagi penempatan sementara di negeri yang sama.

Banjir di Kelantan pada Disember tahun lalu adalah yang paling teruk pernah berlaku di Semenanjung, menyebabkan lebih 200,000 orang menjadi mangsa.

Ia menghanyutkan rumah, meninggalkan lapisan lumpur yang tebal dan kerosakan pada landasan kereta api.
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Itulah sebabnya ada beberapa orang bukan Islam yang telah menjadi Muslim pernah berkata, "Anda tidak akan menerima Islam kalau anda melihat perangai orang Islam, kenalah Islam melalui pemahaman Al Quran dan perjalanan Assunnah!" Pakai jeans, pakai jubah, pakai t-shirt, pakai kurta, pakai kain pelikat, pakai baju Melayu, semuanya sama. Perbezaan akan ketara bila kita diuji dan memperlihatkan tindakan kita terhadap ujian itu!! Perlu berhati-hati bila ada orang menasihatkan kita tentang amanah, tentang tanggungjawab dan tentang perjalanan Rasulullah s.a.w. Syaitan tidak boleh menyerupai nabi s.a.w. namun mudah sangat untuk syaitan menjelma menjadi ustaz, ulamak, pegawai zakat dan cendiakawan Islam!!! Sungguh mudah untuk kita orang biasa tertipu!!!