"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lepas penggal, lelaki jinjing kepala isteri (Gambar)

Lepas penggal, lelaki jinjing kepala isteri
Lepas penggal, lelaki jinjing kepala isteri Keratan video yang menjadi viral.
PUNE - INDIA: Seorang lelaki di bandar barat India, Pune ditahan selepas menjinjing kepala isterinya yang dipenggalnya di sebatang jalan yang sibuk di sini, kata polis.

Lelaki yang berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Ramu Chavan ditahan oleh polis trafik selepas menerima puluhan aduan yang menyaksikan kejadian itu.

Polis memberitahun BBC, Ramu mengaku bersalah memenggal kepala isterinya namun tidak mendedahkan motif pembunuhan tersebut.

Polis mengesyaki, lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan menghidap penyakit mental dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Video lelaki berkenaan berjalan di sekitar bandar dengan menjinjing kepala isterinya tersebar luas di media sosial di India.

Sementara itu, keluarga wanita yang dikenali sebagai Sonubai telah tiba di bandar itu untuk membantu siastan.
-sinarharian-

Tiada ulasan: