"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maksiat paling besar yang tidak diendahkan

Dr Marzlee Malik
Maksiat paling besar di zaman ini ialah berkaitan harta dan pecah amanah serta rasuah. Ia melibatkan dana awam dan kepentingan rakyat teramai.
Boleh kita nak intip akaun peribadi PM dan menteri-menteri? Apakah intipan hanya untuk khalwat sahaja? Apa kata para mufti sekelian? Bukankah Rasulullah SAW melarang pegawai kerajaan yang dilantik menerima duit selain gaji dan peruntukan dari mereka?

Bukankah di dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan bahawa Ibn Lutaybiyah, amil zakat di zaman Nabi SAW diperintahkan memulangkan derma dan hadiah yang telah diberikan kepadanya kerana kedudukan beliau sebagai pegawai kerajaan dan pemungut hasil negara?

Bukankah Saidina Omar melarang para gabenor dan pembesar zamannya mempunyai rumah mewah, kenderaan mewah dan pakaian-pakaian mewah?

Apakah isu tatakelola yang melibatkan amanah dan keadilan bukan dalam hukum hakam Syariah?

Mengapa mengambil Islam secara terpilih? Hanya isu khalwat dan skodeng sahaja?

Dr Marzlee Malik
Pensyarah UIA

1 ulasan:

abu bakar berkata...

apa nak kisah kami mencontohi muawiah
beliau kan sahabat dan penulis wahyu