"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

140 anak luar nikah lahir setiap hari, lapor JPN


PETALING JAYA: Secara purata kira-kira 140 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari oleh ibu yang beragama Islam pada tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013.

Daripada jumlah itu, 53,492 dilahirkan pada 2013; 54,614 pada 2014 dan 51,169 pada 2015.

Bagaimanapun tidak ada sebarang data mengenai anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan dalam kalangan ibu-ibu yang bukan beragama Islam.

Dalam laporan itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh menyuarakan kebimbangan terhadap bilangan tinggi kes tersebut dan menggesa supaya pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan segera.

Katanya, masalah itu berpunca daripada pendidikan agama dan moral yang cetek memandangkan semua agama menolak seks sebelum kahwin.

Beliau juga menekankan peranan ibu bapa dalam memastikan generasi muda mempunyai akhlak dan akal yang positif.

Katanya, ibu bapa perlu menghabiskan lebih banyak masa dengan anak bagi memastikan mereka tidak berasa diabaikan dan mencari kebahagiaan di luar rumah.

Beliau juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan meningkatkan jumlah masa pengajaran Pendidikan Islam dan Moral di semua peringkat sekolah.

Norsaleha turut menyokong cadangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan (PIBGN) untuk mewujudkan keseimbangan dalam modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksual Lelaki yang bakal dilaksana.

“Hubungan seksual adalah antara seorang lelaki dan perempuan. Perlu ada keseimbangan yang jelas dalam mengajar remaja mengenai kedua-dua jantina supaya mereka tidak terjebak dalam seks sebelum berkahwin,” katanya.

Tiada ulasan: