"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbuatan biadap pelajar rakam dalam kain guru terbongkar, guru lapor polis

Kuala Lumpur – Tindakan biadap sekumpulan pelajar tingkatan 3 bertindak merakam video dalam kain seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini terbongkar selepas video berkenaan menjadi viral dalam kalangan pelajar di sekolah itu.

Kegiatan terkutuk lima pelajar itu berjaya dihidu seorang guru disiplin selepas merampas telefon bimbit seorang pelajar sebelum mendapati video berdurasi 10 saat yang menunjukkan rakaman bahagian dalam kain baju kurung seorang guru di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada mangsa semalam.

“Hasil siasatan mendapati video tersebut dirakam pada Isnin lalu ketika guru Bahasa Inggeris itu sedang membalut meja salah seorang pelajar di kelasnya.

“Setakat ini, kita telah merakamkan keterangan dua pelajar terlibat sebagai saksi,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 
-kosmo

Tiada ulasan: