"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Penyanyi dangdut toreh tangan lepas bergaduh

Gara-gara bergaduh dengan kekasih, seorang penyanyi dangdut nekad cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya menggunakan pecahan kaca.

Ditemui di Hospital Husana di Jakarta Barat, Dewi Sanca berkata, pergaduhannya dengan lelaki terbabit - hanya didedahkan sebagai PJ - berlaku malam Jumaat lalu.

"Ya, begitulah. Bergaduh pada malam Jumaat, pagi esoknya saya pecahkan gelas, saya toreh ke nadi tangan," katanya dipetik tribunnews.com hari ini.

Nasib Dewi memang baik kerana insiden itu disedari segera dan dia dikejarkan ke hospital.

Setakat ini dia masih dirawat di hospital berkenaan.

Dewi yang bakal meluncurkan single Cinta Ku Telolet itu berpunca daripada salah faham.

Katanya, PJ berasa dia seperti tidak dihargai namun Dewi sendiri masih belum pasti kedudukannya kerana dia beranggapan tidak meminggirkan si kekasih.

"Kerana emosi, saya pecahkan gelas, saya toreh ke pergelangan tangan. Tapi sekadang ia sudah dijahit," katanya.

Dewi, 33, juga mengaku kisah asmaranya dengan PJ baru berusia enam bulan namun mendapati cintanya kepada lelaki terbabit sangat mendalam.

Namun setakat ini PJ tidak mengetahui keadaan Dewi.

Dewi juga bersikap pasrah buat masa ini.

"Sekarang saya cuma berharap dia sedar saya tidak mengetepikannya.

"Kalau dia kembali lagi, saya pasrah. Penat bertepuk sebelah tangan," katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: