"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amanah tolak cadangan kerjasama dengan DAP

SHAH ALAM - Tidak perlu untuk Pas mencadangkan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bekerjasama hanya dengan DAP.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, Amanah tidak mempunyai masalah untuk kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.

"Amanah tiada masalah sama ada mahu kerjasama dengan DAP, PKR, atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Kenapa pula hanya dikhususkan hanya DAP? Padahal, Pas lah yang bermasalah dengan PKR, Bersatu dan DAP," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Khalid dalam masa sama turut membidas Pas dengan mengatakan Pas hanya tahu menuntut pihak lain mengikut rentaknya, bagaimanapun tidak pandai mencari jalan untuk bermuafakat.

"Pas tidak diterima oleh mana-mana pemimpin. Pas yang tidak pandai berpakat, nak beri nasihat pada Amanah bab berpakat?" soalnya sinis.

Amanah dicadang supaya membentuk gabungan kerjasama atau pakatan politik dengan DAP.

Ini kerana menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad , kedua parti itu lebih rapat dan mesra dalam fahaman politik masing-masing.
-sinarharian

Tiada ulasan: