"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Culik, rogol anak jiran depan isteri


Indonesia – Pasangan suami isteri dari Jambi, Indonesia ditangkap pihak berkuasa tempatan negara itu kerana terlibat dalam kes menculik dan merogol anak jirannya yang berusia 15 tahun.

nurut laman berita tempatan negara itu, lelaki yang dikenali sebagai Januri alias Toni, 43, telah memperkosa mangsa dirujuk sebagai RS di hadapan isterinya demi memenuhi syarat ilmu hitam yang dipelajarinya.

Pihak polis menyangka tindakan kejam Toni adalah bermotifkan dendam terhadap ibu bapa RS namun sangkaan itu meleset sama sekali.

Jurucakap polis, AKP Afrito M mendedahkan bahawa Toni memberitahu pihaknya yang dia perlu meniduri 32 gadis perawan agar ilmu hitam yang dituntutnya benar-benar sempurna.

“Kepada penyiasat polis, dia (Toni) mengaku menuntut ilmu Mego Nondho dan Semar Mesem,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 18 Januari lalu.

Tambahnya lagi, dua jenis ilmu hitam yang diamalkan oleh Toni itu dipercayai boleh ‘mendatangkan’ harta yang berlimpah apabila syarat-syaratnya dipenuhi.

Malah Toni juga mengaku sudah berjaya meniduri 17 anak gadis perawan dan yang terakhir adalah RS.

“Daripada pengakuannya, mangsa adalah berasal dari beberapa daerah bermula dari Lampung sehingga ke Jambi,” jelas AKP Afrito.

Kini Toni bersama isterinya Robina sudah ditahan reman di balai polis Mapolres Bungo dan pasangan itu akan didakwa di bawah Undang-Undang Indonesia menurut pasal 81, perenggan 1, 76D nombor 35, 2014 mengenai perlindungan kanak-kanak.

Mereka berdua berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum 5 bilion rupiah (kira-kira RM166,000).

RS dilaporkan hilang pada 3 Januari lalu dan sejak itu polis menjalankan siasatan sehinggalah mereka berdua ditangkap.

Dari pengakuan RS, Toni bukan sahaja menculiknya tetapi turut menganiaya sekali gus memperkosanya. Kejadian itu berlangsung di depan isteri Toni sendiri. – Liputan6.com
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: