"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Amanah sah letak calon di Kota Bharu, Kubang Krian

MALAYSIA DATELINE
Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Kelantan mengesahkan pihaknya akan bertanding di dua kerusi Parlimen iaitu Kota Bharu dan Kubang Kerian dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata, pihaknya juga akan bertanding tidak lebih dari 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan memberi tumpuan ke atas kawasan Pas.

“Kita bercadang bertanding di peringkat Dun tidak lebih dari 30 kerusi dan di peringkat Parlimen tidak lebih dari enam kerusi antaranya Kota Bharu dan Kubang Kerian, itu kita sahkan lah,” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, maksimum kerusi Parlimen yang akan ditandinginya adalah enam daripada 14 kerusi di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, Amanah akan berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlebih dahulu berkaitan aspek pembahagian kerusi itu.

Manakala kerusi yang ditandingi oleh PKR di Parlimen dan Dun dalam PRU13 ketika era Pakatan Rakyat akan terus dikekalkan.

“Selebihnya, kita akan bincang dengan PPBM dan PKR kita kekalkan status-quo.

“Jadi kerusi PKR tiga Parlimen dan lima Dun itu yang dia pernah bertanding ketika Pakatan Rakyat kita tidak usik,” katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, PKR bertanding di tiga kerusi Parlimen iaitu Parlimen Ketereh, Machang dan Tanah Merah manakala di kawasan DUN pula ialah Pengkalan Kubor, Guchil, Nenggiri, Paloh dan Kuala Balah.

Jelasnya, AMANAH akan memfokuskan di kawasan yang dimenangi Pas manakala PPBM pula akan bertanding di kawasan yang dimenangi Umno.

“AMANAH akan fokus pada kawasan yang dimenangi Pas dan PPBM fokus pada kawasan Umno menang,” katanya.

Che Ibrahim berkata, pihaknya kini sudah mencapai 60 peratus persediaan dari segi calon yang akan bertanding.

Tiada ulasan: