"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukit Aman halang sidang media Zaid Ibrahim umum menyertai DAP?

Umum masuk DAP: Zaid ubah sidang media ke rumahnya, dakwa dihalang Bukit Aman

DALIA ISMAIL
Beliau menerusi video di laman facebooknya hari ini melahirkan rasa kesal kerana dihalang daripada mengadakan sidang media di kelab itu.

"Saya mendapat berita semalam bahawa Kelab DiRaja Selangor di Bukit Kiara telah menerima arahan daripada pihak atasan Bukit Aman tidak membenarkan saya adakan sidang akhbar dengan Tun Mahathir esok (Selasa)," ujarnya.

Pada Jumaat lalu sudah tersebar jemputan bahawa beliau akan mengadakan sidang medianya di Kelab Diraja Selangor.

Hari ini beliau  memaklumkan akan mengadakan sidang media di kediamannya bertempat di Tropicana Golf Resort jam 9 pagi esok.

Zaid berkata sidang media yang sepatutnya dirancang itu akan diteruskan bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamed, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng  akan diadakan di rumahnya.

Zaid juga melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Bukit Aman itu yang ujarnya, dibayangi Perdan Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Saya agak kecewa dengan tindakan Najib jelas dia takut orang Melayu macam saya masuk DAP kerana mereka telah lama berbohong mengenai DAP mereka bimbang kemasukan saya ini akan memperjelaskan kepada orang Melayu keadaan sebenar negara kita.

"Walaupun saya kecewa saya akan adakan sidang akhbar ini di rumah saya, walapun saya tahu banyak tohmahan dibuat kenapa saya tidak sesuai dalam DAP," ujarnya.

Zaid dilantik sebagai menteri undang-undang pada Mac 2008, Zaid meletak jawatan daripada kabinet enam bulan selepas mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri yang digunakan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (DAP), wartawan Tan Hoon Chen dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Beliau kemudiannya digantung  Umno pada akhir tahun itu dan menyertai PKR pada Jun 2009. Namun pada 2010 beliau yang ketika itu menyandang jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mengumumkan pula keluar PKR.

Tiada ulasan: