"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Seorang budak berusia 12 tahun dibunuh kejam selepas diperkosa


Moscow – Seorang budak berusia 12 tahun dibunuh kejam selepas diperkosa rakan keluarganya yang mencampaknya hidup-hidup ke dalam lubang lombong sejauh 100.5 meter.

Suspek, Evgeny Bukharin, 40, dilaporkan mengajak kanak-kanak itu menaiki kereta saljinya ketika mangsa, Viktoria Reymer, sedang menunggu bas untuk melawat kakaknya dalam kejadian di bandar Novokuznetsk itu.

Mangsa menerima pelawaan itu kerana mengenali Bukharin. Malangnya, Bukharin membawa Viktoria ke rumahnya dan merogolnya.

“Dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke lombong berkenaan dan mencampaknya yang membunuh mangsa,” kata jurucakap polis.

Pada awalnya, suspek mendakwa terlanggar mangsa dengan kereta saljinya dan mencampak mayat itu kerana panik serta takut berdepan ibu mangsa, Olga, yang dikenalinya.

Operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengeluarkan mayat mangsa dari lombong berkenaan yang mengandungi gas metana berbahaya.

Analisis forensik menunjukkan mangsa masih hidup ketika dicampak ke dalam lombong itu.

“Mangsa maut akibat kecederaan di kepala, leher dan dadanya,” kata jurucakap polis itu kepada akhbar The Siberian Times.

Menurut penduduk tempatan, suspek rakan kepada mendiang bapa mangsa yang maut dalam nahas di tempat kerja mereka.

Suspek kini ditahan untuk siasatan bagi tuduhan bunuh dan rogol.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: