"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Gadis berusia 12 tahun jadi pakar senjata api (Gambar)

Bangkok: Gadis berusia 12 tahun ini kelihatan seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi dia sebenarnya memiliki pengetahuan luar biasa mengenai senjata api berbanding anggota polis sendiri.

Salisa Yasuwat belajar mengendalikan puluhan jenis senjata api, termasuk raifal M16 dan Smith and Wessons ketika dia berusia sembilan tahun lagi.

Gadis itu boleh meleraikan, membersihkan dan memasang semula senjata api dengan sangat cekap, kemahiran yang biasanya mengambil masa puluhan tahun untuk dipelajari.

Salisa kini mengisi masa lapangnya dengan membantu bapanya tukang senjata api, Prajak, 51, yang menguruskan perniagaan membaiki senjata api dengan sebuah van di Chiang Mai.

Seorang anggota polis, Damrong Saenduangdee berkata, dia pelanggan tetap Salisa dan sering menghantar senjata api miliknya untuk diselenggara gadis itu.

Tiada ulasan: