"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tembelang pelajar 19 tahun terbongkar

ROSALWANI CHE SOH

Janin ditemui dalam bakul sampah kolej asrama perempuan.
KOTA BHARU - Tembelang seorang pelajar wanita berusia 19 tahun yang cuba menyembunyikan kelahiran bayi, akhirnya terbongkar selepas pengawal keselamatan sebuah kolej di Lembah Sireh menemui mayat bayi dalam tong sampah di sini semalam.

Remaja terbabit, dikatakan mengadu sakit perut dan pihak pengurusan kolej membawa pelajar berkenaan ke hospital kira-kira jam 8 pagi.

Walau bagaimanapun pelajar perempuan yang berasal dari Perak itu, dikatakan menyembunyikan kelahiran bayinya sehinggalah pengawal keselamatan menjumpai mayat bayi yang dilahirkan dalam tandas bilik air di bilik pelajar berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Pengawal keselamatan kolej itu berasa curiga selepas mendengar perbualan pelajar perempuan yang ternampak titisan darah yang banyak dalam bilik kolej di tingkat dua dan terus menjalankan siasatan terhadap bilik pelajar yang disyaki.

Ketika masuk ke kawasan bilik di tingkat dua itu, pengawal terbabit nampak banyak titisan darah atas katil dan di atas lantai sehingga ke dalam tandas.
Terkejut dengan keadaan itu, pengawal terbabit memasuki tandas berhampiran bilik itu dan turut melihat tompokan darah dan seluar yang dibungkus serta dibuang dalam tong sampah.

Pengawal terbabit cuba membuka bungkusan itu dan terkejut apabila melihat mayat bayi lelaki yang cukup sifat serta masih bertali pusat berada dalam bungkusan itu.

Namun pelajar yang melahirkan bayi itu tiada di dalam bilik ekoran mendapatkan rawatan di hospital selepas mengadu sakit dan bertindak menyembunyikan kelahiran bayinya itu.

Mayat bayi terbabit di bawa ke balai polis selepas pihak pengurusan kolej menasihatkan pengawal berkenaan membuat laporan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus selepas laporan dibuat.

"Hasil soal siasat dijalankan terhadap pihak kolej mendapati pelajar itu merupakan pelajar tahun satu kolej berkenaan.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, pelajar berkenaan tiada di kolej kerana menjalani rawatan di hospital selepas mengadu sakit kepada pihak pengurusan kolej," katanya.

Din berkata, pelajar berkenaan bagaimanapun tidak memaklumkan dia melahirkan bayi berkenaan dan hanya mengadu sakit, sehinggalah mayat bayi itu dijumpai pengawal keselamatan di kolej itu.

Tiada ulasan: