"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Video: Atendan kejam patahkan kaki bayi berusia tiga hari


New Delhi – Seorang atendan sebuah hospital di sini, bertindak kejam mematahkan kaki seorang bayi lelaki berusia tiga hari yang sedang dirawat kerana tidak tahan dengan mangsa yang menangis.

Polis menahan lelaki itu selepas pihak hospital berjaya mengesan perbuatannya melalui rakaman CCTV ketika mangsa di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana masalah pernafasan.

Indian Today melaporkan, bayi itu dilahirkan 25 Januari lalu, di masukkan ke hospital swasta di Roorkee dan kejadian atendan terbabit mematahkan kaki bayi itu berlaku awal pagi 28 Januari ketika dia menjaga wad berkenaan seorang diri.

Menurut laporan Times Now, rakaman itu menunjukkan atendan berkenaan membaringkan mangsa dalam keadaan meniarap ketika menukar lampinnya sebelum memulas kaki bayi itu dalam keadaan boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Kecederaan bayi itu hanya dikesan selepas bayi itu dipindahkan ke hospital lain apabila masalah pernafasannya semakin pulih.

Selepas mendapati kaki bayi berkenaan patah, pihak hospital menghubungi hospital sebelum itu yang melihat kembali rakaman CCTV di ICU dan mendapati seorang pekerjanya mematahkan kaki mangsa lalu menghubungi polis.

ABP News melaporkan, jurucakap polis berkata: “Selepas menerima aduan daripada keluarga mangsa, siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan seorang atendan.

“Kami sedang menyiasat, termasuk mengkaji rakaman CCTV itu serta akan memastikan ia disengajakan atau tidak.”
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: