"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Telefon bimbit bongkar rahsia pelajar perempuan tingkatan 3

Kuching – Tindakan seorang guru disiplin merampas telefon bimbit seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah di bandar raya ini membongkar rahsia pelajar itu melakukan hubungan seks dengan kekasihnya sejak Disember lalu.

Perbuatan pelajar tingkatan tiga itu terbongkar pada 29 September lalu apabila guru disiplin terbabit menemui gambar pelajar terbabit bersama seorang lelaki berbaring di atas katil di lokasi yang tidak diketahui.

Berikutan itu, pihak sekolah memanggil ibu gadis berkenaan berusia 52 tahun dan mendedahkan perbuatan anak perempuannya sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, bertindak atas laporan, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai memperkosa pelajar terbabit.

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan sepasukan anggota polis di Jalan Wan Abdul Rahman, di sini, kira-kira jam 10 pagi, Khamis lalu.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit milik suspek dan siasatan awal membawa kepada pengakuan suspek merogol mangsa.

“Suspek mengaku mengadakan hubungan seks dengan mangsa di sebuah rumah di Jalan Padungan di bandar raya ini sejak Disember 2016 dan kali terakhir pada 17 September lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abang Ahmad berkata, pihaknya difahamkan mangsa mengenali suspek sejak Disember lalu melalui aplikasi WeChat dan mereka sering keluar bersama.

Katanya, mangsa juga memaklumkan dia kerap ponteng sekolah untuk keluar bersama suspek.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati lelaki itu positif dadah jenis methampetamin. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
-hmetro

Tiada ulasan: