"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sat nak jadi ‘kingmaker’ sat nak bentuk kerajaan, hari ni nak jadi ‘kingmaker’ semula

PAS akan jadi ‘kingmaker’ dalam PRU14, kata Hadi
Kamles Kumar, Mohd Farhan Darwis
PAS berhasrat untuk menjadi “kingmaker” (penentu) untuk mana-mana parti yang ingin menubuhkan kerajaan di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, parti Islam itu akan memain peranan penting sama ada untuk Barisan Nasional (BN) atau pun Pakatan Harapan.

Sekiranya parti Islam itu gagal membentuk kerajaan, mereka akan menjadi penasihat kepada kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan perubahan dalam pemerintahan negara, ujar Hadi.

“Semua parti tak boleh tubuh kerajaan, (mereka) kena jumpa kita (dahulu),” katanya ketika berucap dalam ulang tahun ke-10 PAS dalam pentadbiran Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Dilaporkan rundingan kerusi PH Selangor setakat minggu ini memutuskan PKR akan bertanding sebanyak 19 kerusi DUN daripada 56 kerusi, manakala Amanah sembilan kerusi dan Bersatu pula hanya tujuh kerusi.

Enam kerusi masih belum selesai dirunding iaitu Lembah Jaya, Seri Serdang, Sungai Panjang, Kota Damansara, Dusun Tua dan Sungai Burong.

“Kita tidak pelahap, sekiranya kita menang kita buat perubahan, sekiranya kita tidak menang kita jadi penasihat kepada kerajaan supaya buat perubahan.

“Kita tidak jemput negara dan kuasa asing untuk campur tangan urusan politik negara kita, ada parti tidak berani tetapi kata berani. Nak lawan Barisan Nasional (BN) minta tolong orang luar, media asing dan pihak asing,” kata Hadi menambah bahawa PAS perlu menang sebanyak mungkin kerusi di Selangor untuk tujuan itu.

Pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam, 22 Januari lalu, Beliau menegaskan keyakinannya apabila mengumumkan PAS akan bertanding 130 kerusi Parlimen “sekurang-kurangnya untuk dapat majoriti mudah,” selain mensasarkan untuk menang 40 kerusi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, parti itu juga akan berusaha menjadi “penentu” atau mendapatkan majoriti mudah dalam PRU14 akan datang.

"Kita berusaha sekurang-kurangnya dapat ‘simple majority’… kalau tak ‘simple majority,’ dapat banyak kerusi yang menjadikan kita ‘kingmaker’,” katanya.

Tambah Hadi lagi, PAS juga akan bertanding pilihan raya kali ini bersama Gagasan Sejahtera menentang Pakatan Harapan dan BN serta bersedia berhadapan lebih dua penjuru.

“PAS akan hadapi pilihan raya bersama rakan Gagasan Sejahtera ini secara bersendirian. PAS akan menentang BN dalam pilihan raya ini menentang PH dan menentang berapa penjuru pun kita akan lawan kerana kita ada pendekatan tersendiri,” tegas Hadi di hadapan lebih 1,000 penyokong parti itu yang berhimpun di Stadium JKR sejak 6.30 petang tadi.

“PAS tidak takut hadapi banyak penjuru kerana kita yakin kebenaran yang kita tegakkan dapat kebenaran Allah dan diterima rakyat.”

Gagasan Sejahtera dijangka akan mengumumkam manifesto pilihan raya mereka di Cyberjaya, esok.

Tiada ulasan: