"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Veteran tentera gesa MB Negeri Sembilan mohon maaf

PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan memohon maaf dan menunjukkan kekesalahan berhubung kenyataan menghasut golongan muda bertindak kepada mereka yang memfitnah kerajaan.

Presidennya, Mohamed Arshad Raji berkata sekiranya ahli politik berterusan membuat ucapan berunsur kebencian seperti Mohamad, tidak mustahil proses pilihan raya umum yang akan datang tidak akan bebas daripada keganasan.

"Tidak kira sama ada terdapat laporan polis yang dibuat terhadap Mohamad atau sebaliknya, Patriot menggesa pihak polis untuk menyiasat sepenuhnya ucapan yang dibuat oleh Mohamad dan mengambil apa-apa tindakan yang diperuntukkan dalam undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan video yang tular menunjukkan Mohamad memberitahu belia Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Rembau bertindak terhadap kedai yang memfitnah kerajaan.

Mohamad dalam video itu berkata, "Sekiranya ada kedai kopi yang menyebarkan kenyataan fitnah terhadap kerajaan, anda serang kedai kopi itu, terbalikkan meja mereka. Jika anda ditahan polis, saya akan jamin kamu keluar."

Arshad berkata video itu menunjukkan bagaimana Mohamad tidak beradab dan bertamadun untuk terus berkuasa, bukan dengan cara aman yang boleh diterima secara demokratik, tetapi dengan menghasut dan menyebarkan keganasan terhadap mereka yang mengkritik kerajaan.

"Tingkah lakunya tidak mencerminkan seorang ahli politik dan seorang pemimpin di peringkat negeri.

"Kelakuan seperti samseng itu adalah salah dan tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia kita.

"Ucapannya tidak diterima dengan baik oleh masyarakat umum dan ramai yang menonton video itu meluahkan cemuhan dan perasaan jijik.

"Lebih teruk lagi apabila beliau menghasut penyokong partinya agar mengambil tindakan fizikal terhadap sesiapa sahaja yang dilihat mengkritik kerajaan."

Arshad berkata mereka sentiasa mengingatkan para ahli politik menunjukkan tingkah laku yang baik dan ucapan mereka harus merangsang rakyat untuk bersatu, menunjukkan patriotisme, dan membina masyarakat Malaysia yang harmoni.

Sementara itu, Mohamad semalam menolak kritikan terhadap tindakannya dan menafikan berniat membawa budaya samseng atau menggalakkan keganasan dalam berpolitik.

Katanya, beliau hanya hanya ingin membangkitkan semangat kepada golongan muda agar lebih berani dalam menangkis tuduhan dilemparkan kepada parti dan menegaskan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan dikeluarkan itu.

"Saya banyak berkias dan ibaratkan terbalikkan meja. Maksud saya ialah gerakkan jentera dan Pemuda BN serta gempur tempat-tempat yang kita fikir ada isu yang perlu ditangani segera.

“Saya hendak mereka jangan duduk diam sahaja… bergerak dan sanggah mereka… itu maksud saya. Bukanlah secara fizikal terbalikkan meja," katanya kepada pemberita di Seremban.
-Malaysianinsight

Tiada ulasan: