"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5,084 kluster tabligh belum jalani ujian Covid-19

Mohamad Fadli
PUTRAJAYA:
Seramai 5,084 orang daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling belum menjalani ujian saringan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, mereka ialah peserta, ahli keluarga mereka dan kontak rapat lain.

Beliau berkata, kira-kira 12,500 peserta tabligh sudah menjalani ujian saringan dengan 1,207 disahkan positif virus itu, 6,648 orang negatif dan keputusan 4,645 belum diketahui.

“Kami perlu mencari 5,084 yang belum jalani ujian Covid-19. Jadi, kami harap dapat jalankan ujian saringan terhadap mereka,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

Beliau berkata, KKM sedang bekerjasama rapat dengan polis untuk menjejaki individu terbabit dan menggesa mereka yang belum menjalani ujian itu tampil berbuat demikian.

Tiada ulasan: