Malaysiakini
Masih dikecam pihak penyokong kerajaan kerana menegur kenyataan menteri kesihatan baru-baru ini, doktor kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom, Dr Amalina Bakri sekali lagi mempertahankan dirinya.
Kali ini daripada serangan anggota Majlis Tertinggi UMNO, Papagomo.
Antara isu yang dibangkitkan oleh Papagomo - atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris - ialah umur serta taraf pendidikan Amalina.
“En Azri, terlebih dahulu saya mahu minta jangan politikkan isu kesihatan. Kedua, umur saya 33 tahun, bukan 20 lebih. Ketiga, saya bekerja sebagai specialist registrar bukan doktor praktikal.
"Encik Azri tahu tak beza specialist dengan houseman?" ciapnya di Twitter pagi tadi.
Dua hari lalu, Amalina diserang laskar siber politik di Twitter selepas memberikan komen terhadap 'petua' Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang menyarankan orang ramai meminum air suam untuk menyahkan virus dari tekak.
Ia kemudian mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk kalangan pakar perubatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Feb lalu sudah menjelaskan keyakinan sebegitu sebagai mitos.
Minum untuk hidrais
Sejak insiden itu juga kelibat Adham jarang kelihatan, manakala taklimat harian mengenai perkembangan semasa Covid-19 dikendalikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Kata Amalina sebagai doktor dia membuat kenyataan berdasarkan fakta dan sains.
“Kenyataan saya bukan dibuat sendiri tetapi ia adalah saranan WHO dan pakar-pakar virologi dan mikrobologi dari seluruh dunia,” ciapnya lagi.
Terdahulu dalam siarang langsung di media sosial itu, Papagomo berkata, Amalina terlalu muda untuk bercakap mengenai isu berkenaan.
Malah dia menganggap Adham sebagai "sebenar-benar doktor".
"Dr Amalina wanita bijak pandai, belajar di luar negara, praktikal di luar negara.. Muda lagi, umur dalam 20 atau 20 lebih.
"Dia ada membidas Dr Adham Baba minum air suam. Pada pendapat saya, Dr Amalina terlalu muda untuk cakap perkara begini. Sebab, ertinya Dr Adham Baba doktor yang sebenar-benarnya doktor
"Dia bukan macam Dr Dzul (Dzulkefly Ahmad), menteri yang terdahulu. Doktor atas kertas. PhD.
Baca Papagomo diarah bayar RM300,000 kerana fitnah
"Dr Adham doktor yang berpuluh tahun merawat pesakit, dia mempunyai 18 klnik yang bernama Klinik Adham.
"Kalau kita kurang sihat pergi hospital, klinik dan jumpa doktor, doktor akan cakap minum air suam, bukan minuma air ketum, air Clorox (cecair peluntur).
"Realitinya Covid-19 tiada ubat dan tiada vaksin. Jadi Dr Adham saran minum air suam adalah saranan yang betul," katanya.
Untuk rekod, Dzulkefly ialah bekas pengamalam perubatan dalam bidang toksikologi.
Dr. Amalina
@DrAmalinaBakri
En Azri, terlebih dahulu saya mahu minta jangan politikkan isu kesihatan. Kedua, umur saya 33 tahun, bukan 20 lebih. Ketiga, saya bekerja sebagai Specialist Registrar bukan doktor praktikal. Encik Azri tahu tak beza specialist dengan houseman? https://twitter.com/sir_azri/status/1242156182703202305 …
KERAJAAN ðŸ›
@Sir_Azri
Soalan @ShazAhmad77 kepada Saya berkenaan kenyataan @DrAmalinaBakri kepada YB Menteri @KKMPutrajaya Dr @DrAdhamBaba dalam isu “air suam”
Live FB Papa Azri malam tadi. https://www.facebook.com/papaazri2020/videos/2942037002521012/ …
We can't show you everything!
We automatically hide video that might contain sensitive content.
Embedded video
23.3K
3:06 AM - Mar 24, 2020
Twitter Ads info and privacy
30.6K people are talking about this
Amalina turut mempersoalkan mengapa Papagomo menyasarkan dirinya saja yang bukan doktor pakar lain yang turut memberikan kenyataan sama.
“Dr Rafidah Abdullah dan Dr Imelda Balchin juga memberi kenyataan yang sama dan sudah mempunyai berpuluh tahun pengalaman. Adakah kenyataan mereka juga tidak sahih?” soalnya.
Sementara itu Amalina meminta Papagomo dan rakan-rakan ahli politik itu untuk berhenti mempersoalkan perkara tersebut dan teruslah minum air tetapi bertujuan untuk hidarasi.
“Lupakan apa yang berlaku. Kami mempunyai perkara yang lebih baik untuk dilakukan,” ciapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan