"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin perlu ketepikan lalat dan langau - Tamrin Tun Ghafar

1. Pada Ahad 1hb Mac 2020 Malaysia menyaksikan upacara Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke 8 ( PM8 ) yang berlangsung di Istana Negara

2. Ianya berlaku ekoran perletakan jawatan secara tiba – tiba oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ke 7 selepas memegangnya hanya 22 bulan sahaja

3. Saya tidak berhasrat membicara atau berdebat berbagai teori berhubung tindakan Tun itu

4. Untuk rekod , Tun yang pernah menjawat jawatan tersebut selaku PM ke 4 selama 22 tahun iaitu dari 16hb Julai 1981 ( 6 hari selepas tarikh lahir beliau ke 56 tahun ) hingga 30hb Oktober 2003 , satu rekod yang belum lagi diatasi oleh sesiapa pun

5. Setelah gagal beberapa kali , akhirnya Pembangkang ( PKR , DAP dan AMANAH ) TERPAKSA MEMINTA Tun yang ketika itu sudah berusia 93 tahun menerajui mereka bagi mengalahkan UMNO / BN pada Pilihanraya ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu 9hb Mei 2018 ; buat pertama kali dalam sejarah sejak Merdeka UMNO/ BN dikalahkan

6. Ekoran perlantikan beliau itu , Tan Sri Muhyiddin Yassin ( TSM ) telah menubuhkan Kabinet nya yang terdiri dari UMNO , PAS , BERSATU , GPS ( Sarawak ) , serpihan dari PKR dan beberapa parti kecil dari Sabah ; juga saya tidak berhasrat berdebat sama ada Kerajaan sekarang ‘Mengikut Pintu Depan Atau Pintu Belakang’

7. Walaupun dunia termasuk Negara kita menghadapi wabak Coronavirus atau Covid19 yang amat kritikal ini namun tindakan Dr. Adham Baba selaku Menteri Kesihatan yang baru ini TELAH MENGUNDANG kritikan dan komen – komen negatif terhadap beliau

8. Perlantikan beliau sebagai Menteri Kesihatan yang baru bagi menggantikan Dr. Dzulkifli Ahmad dari AMANAH mungkin berdasarkan kepada pengelaman luas beliau dalam Kerajaan dan Swasta

9. Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementetian Pengajian Tinggi dari tahun 2004 hingga 2008 beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas ( Pendidikan ) di Kementerian Belia dan Sukan

10. Berasal dari Batu Pahat dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan beliau yang kini mempunyai rangkian klinik di Johor atas nama Klinik Adham pernah juga menjadi Pro Chancelor Universiti KL atau UniKL dan Pengurusi UniKL Medical Services

11. Pada mulanya rakyat merasa lega apabila beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahaan ( MBBS ) dan pengelaman luas dipilih menerajui Kementerian tersebut namun rupa – rupanya BUKAN sahaja tak seindah apa yang diharapkan tapi ia lebih MEMBURUKAN nama baik Kementerian dan Kerajaan

12. Cadangan beliau semasa temubual di Station TV tidak lama dulu cara mengubati wabak Covid 19 DENGAN HANYA MEMINUM AIR SUAM telah mengundang begitu banyak kritikan

13. Bukan sahaja rakyat yang meluahkan kemarahan dan kebencian terhadap Dr. Adham malah Kementerian Kesihatan sendiri MENOLAK kaedah yang di cadangkan nya itu

14. Jika cadangan Menteri Kesihatan ini boleh mengatasi wabak ini dengan cara yang di cadangkan nya itu berkesan maka tak perlu lagi negara – negara seperti Amerika Syarikat , China , Jepun , Australia dan banyak lagi bermatian mencari ubat yang sesuai

15. Jika berjaya , beliau bukan lagi patut di nobatkan dengan Nobel Peace Prize bahkan dilantik sebagai Ketua Pengarah atau Pengurusi Organasi Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation ( WHO ) , Bangsa – Bangsa Bersatu atau United Nations ( UN )

16. Mungkin rakyat sanggup menunggu sebulan lagi bagi melihat keberkesanan MINUM AIR SUAM yang dianjurkan beliau bagi mengatasi wabak tersebut atau mungkin beliau bercadang memperkenalkan keadah lain seperti menggunakan khidmat bomoh yang menggunakan kelapa dan buluh meneropong kuman Coronavirus atau Covid 19

17. Dengan kelulusan , kepakaran dan pengelaman luas yang ada pada Dr.Adham Baba PM 8 tidak salah melantik beliau sebagai Menteri Kesihatan , namun jika sekiranya cadangan beliau itu merupakan cadangan bodoh dan tak masuk akal yang pasti akan terus mengundang kritikan maka Muhyiddin hanya tinggal satu pilihan – TANPA BERLENGAH memecat beliau dari menggotai Kabinet

18. Pemecatan beliau samalah seperti pemecatan Osman Sapian atau lebih dikenali sebagai Man Datsun dan penggantinya Dr. Shahrudin Jamal yang baru belajar menjadi MB Johor yang kebetulan dari Parti BERSATU juga , dan jawatan itu pula tiba – tiba di serahkan dengan dulang mas kepada UMNO yang telah dihumbankan oleh rakyat Johor pada PRU yang baru lepas

19. Ini lah yang dikatakan oleh Mat Sabu , Pengurusi AMANAH

‘Yang Kalah

Jadi Kerajaan

Yang Menang

Jadi Pembangkang’

20. PEMECATAN SESAORANG MENTERI ADALAH KUASA MUTLAK PERDANA MENTERI – Muhyiddin dan Shafie Apdal sendiri TELAH di pecat oleh Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara atas isu rompakan wang 1MDB

21. Begitu juga cadangan Muhyiddin memecat Marzuki Yahya selaku Setiausaha Agong Parti BERSATU dan menggantikan nya dengan Hamzah Zainuddin ( walau pun Perlembagaan BERSATU TIDAK MEMBERI cheque kosong atau blank cheque kepada Presiden Parti bertindak sesuka hati TANPA TERLEBIH DAHULU berunding dengan Pengurusi Parti , Tun )

22. Kepada Mat Maslan saya memohon maaf kerana tempat Saudara kini diambil alih oleh seorang badut ( clown ) yang kebetulan Bangsa Johor juga

‘Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih’

23. Muhyiddin PERLU ketepikan lalat dan langau, jika gagal berbuat demikian beliau mungkin AKAN MENGUKIR SEJARAH SEBAGAI PERDANA MENTERI YANG PALING PENDEK TEMPOH NYA

Terima Kasih

Wassalam

TAMRIN TUN GHAFAR

Rabu 25/03/2020.

Tiada ulasan: