"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib mengaku komen ‘air suam’ Menteri Kesihatan kurang bijak

BORHAN AHMAD
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai ‘air suam’ sebelum ini sebagai kurang bijak.

Sehubungan itu, beliau mempertikaikan tindakan DAP yang sentiasa mengulang-ulang perkara itu.

“Berapa hari lagi korang nak mainkan propaganda kecaman terhadap satu komen kurang bijak daripada berpuluh lagi nasihat baik Menteri Kesihatan PN?” tanya Najib dalam satu postingnya hari ini.

Najib juga mempertikaikan, sampai bila DAP mahu mengaitkan kes Covid-19 dengan ‘Langkah Sheraton’.

“Berapa lama lagi korang nak kaitkan kenaikan kes Covid di Malaysia dengan langkah Sheraton?” tanya Najib dalam posting itu.

Seorang aktivis AMANAH, Jamzuri Ardani memberikan penjelasan berikut terhadap komen Najib itu.

“PH yang gagal untuk cegah himpunan tabligh yang menyebabkan gelombang kedua jangkitan Covid-19.

“Saya jawab, himpunan tu berlangsung pada 28 Feb – 1 Mac. Masa tu, kita tadak kerajaan angkara Langkah Sheraton.

“Dia hujah lagi, tapi maklumat himpunan tu tak kan polis tak tahu. Kenapa tak halang awal2?

“Saya jawab polis nie bertindak atas arahan KDN. Menteri KDN masa tu ialah PM kerajaan pintu belakang sekarang. Dialah juga mastermind Langkah Sheraton.

“Jadi punca masalah sebenar ialah Langkah Sheraton,” tulis Jamzuri, Ketua Komunikasi AMANAH Melaka itu.

Tiada ulasan: