"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibrahim Ali mengaku terima cek Najib

Malaysiakini 

Ahli politik veteran Ibrahim Ali mengaku menerima cek daripada Najib Razak tetapi berkata dia tidak sedar ia mempunyai kaitan dengan wang 1MDB atau SRC International.

“Saya mengaku telah menerima sekeping cek personal Datuk Seri Najib yang tertera nama beliau pada cek tersebut, yang tidak saya sedar sama sekali ia berkait dengan wang SRC mahupun 1MDB sebab tiada nama SRC mahupun 1MDB di cek tersebut.

“Saya tidak ingat bila terimanya tetapi yang pasti sebelum isu 1MDB terbongkar selepas PRU13.

“Jika sudah terbongkar, pastinya saya tidak akan mahu menerimanya dan Datuk Seri Najib sendiri tidak akan menggunakan lagi akaun tersebut lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd memfailkan saman sivil terhadap beberapa personaliti yang dididakwa menipu firma milik negara itu.

Mereka juga menyaman entiti yang mungkin tidak melakukan penipuan tetapi terlibat dalam proses itu - secara sedar atau tidak.

Antara yang dinamakan termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, bekas pengerusi 1MDB, Che Lodin Wok Kamaruddin dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Arul Kanda Kandasamy.

Beberapa anggota keluarga Jho Low juga dinamakan, termasuk ayahnya Larry Low Hock Peng dan kakaknya Low May Lin.

Ibrahim dinamakan dalam saman anak syarikat SRC - GMSB and JPSB - yang mendakwa terdapat 14 pihak menerima wang SRC, termasuk Najib dan Umno Selangor.

Tiada ulasan: