"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas kantoi suka laman lucah, Pas Selangor dakwa Twitter Roslan Sms digodam

MALAYSIADATELINE

Selepas kantoi dengan dakwaan suka melayani laman gay, Pas Selangor mendakwa, akaun Twitter Setiausaha Perhubungannya, Roslan Shahir Mohd Shahir digodam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru Pas negeri, mereka berkata Twitter peribadi Roslan Sms itu telah di’hack’ melayari laman porno yang menunjukkan rakaman video lucah.

“Pas Selangor kesal dengan tindakan-tindakan pemain politik dengan menggunakan serangan peribadi yang mengaibkan bukan hanya pada individu yang menjadi sasaran serangan akan tetapi memalukan pada generasi masyarakat.

“Terkini apabila Tuan Haji Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir selaku Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor yang akaun Twitter peribadi beliau di“hack” melayari laman prono yang menunjukkan rakaman video lucah. 

“Tindakan sebegini memalukan dan perlu ditolak agar budaya fitnah jahat untuk mengaibkan peribadi seseorang itu tidak berlaku pada masa akan datang,” tegas Lajnah Penerangan dan Media Baru Pas negeri.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter, Zack Rockstar membuat rakaman video terhadap laman yang disukai oleh Roslan menerusi Twitternya.

Video itu kemudiannya disiarkan dalam Twitter beliau menyebabkan akaun Twitter yang dikendalikan Roslan sudah hilang.

Roslan adalah bekas Setiausaha Akhbar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga adalah penulis tetap Harakah dan Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

Sasaran utama tulisan beliau sejak dahulu adalah DAP.

Tiada ulasan: