"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kembalinya PN 2.0, Ismail PM, Azmin TPM

BORHAN AHMAD

Ingat lagikah gambar di atas. Ia adalah gambar yang dimuat naik oleh Datuk Seri Ismail Sabri dalam Facebook beliau  ketika krisis hangat antara beliau dengan Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau menulis, “Saya sudah tutup pintu depan…..” ketika rakyat kecewa kilang terus dibuka apabila ia didakwa menjadi punca merebaknya virus Covid-19 sehingga tidak terkawal.

Namun, keputusan Majlis Tertinggi Umno malam tadi, akan membolehkan dua pemimpin yang bertelagah dalam menguruskan negara ini kembali bersatu menerusi kerajaan Perikatan Nasional 2.0.

Majlis Tertinggi Umno malam tadi membuat keputusan menyokong Naib Presidennya sebagai calon perdana menteri membolehkan negara bakal mempunyai gandingan baharu, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai timbalannya.

Menurut sumber, nama Azmin sebagai timbalan perdana menteri diputuskan oleh Perikatan Nasional (PN) setelah penarikan diri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Semalam mesyuarat MT Umno memutuskan untuk mencalonkan hanya Ismail sebagai calon perdana menteri.

Ia disahkan oleh kedua-dua pihak, iaitu Datuk Azalina Othman Said yang sebelum ini bersama Team Zahid dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menyokong Mahiaddin sebelum ini.

Hari ini jam 4 petang adalah tarikh akhir di mana semua ahli parlimen diminta memberikan nama calon perdana menteri yang mereka sokong kepada Istana Negara.

Tiada ulasan: