FMT Reporters
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman berkata Warisan akan menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika beliau mampu meraih sokongan minimum 111 Ahli Parlimen.
“Warisan akan menyokong DSAI (Anwar) menjadi PM jika beliau melepasi ‘angka ajaib’ dan berharap Pakatan Harapan juga memberi hak penolakan pertama kepada Shafie Apdal (presiden Warisan), jika DSAI tidak melepasi angka ajaib,” katanya dalam Twitter.
Aziz berkata demikian menjawab soalan warganet di Twitter, sambil memaklumkan, “Minimum 111 daripada 220 Ahli Parlimen. Sehingga hari ini, pembangkang mempunyai 105 Ahli Parlimen, jadi kita kekurangan 7 lagi Ahli Parlimen”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan