"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shafie Apdal: Semua MP Warisan sokong pencalonan Anwar

BORHAN AHMAD 

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan semua ahli parlimen Warisan menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan syarat Anwar boleh mencukupkan majoriti di Dewan Rakyat.

“Kami berdua, Datuk Seri Anwar dan saya sama-sama calon perdana menteri dari barisan pembangkang.

“Kami sudah sepakat kita ada 105 ahli Parlimen sekarang. Jika Datuk Seri Anwar berjaya mencukupkan majoriti (sekurang-kurangnya 111 dari 220 ahli Dewan Rakyat), maka Anwar akan menjadi PM.

“Jika dia tidak berjaya dan saya pula berjaya mencukupkan sokongan majoriti itu, semua pemimpin Pakatan Harapan akan menyokong saya. Saya sudah bercakap dengan Anwar, Mohd Sabu dan juga Lim Guan Eng,” kata Shafie dalam temuramah beliau dengan Astro Awani malam ini.

105 MP adalah bilangan MP yang mewakili PKR (38), DAP (42), AMANAH (11), Warisan (8), Pejuang (4), PSB (2), Upko (1) dan Bebas (2).

Dalam temuramah itu, Shafie juga menafikan beliau akan menyokong pencalonan pihak lain sebagaimana yang digembar gemburkan.

“Ada pihak mendakwa saya akan menjadi timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan pihak sebelah sana. Saya menafikan dan kekal dengan pembangkang,” kata beliau kerana mereka lah yang telah menjatuhkan kerajaan yang telah dibina berdasarkan mandat rakyat pilihan raya umum yang lalu.

Tiada ulasan: