IPOHMALI
Antara alasan Mahiaddin mengajak pembangkang bersama, adalah mahu menolak Kleptokrat. Masa dia dilantik Perdana Menteri boleh pula berurusan dengan kleptokrat. Bagi aku Mahiaddin hari ini jauh lebih teruk dari kleptokrat yang telah membuat kerosakan kepada Negara.
Aku pun menolak Najib. Tiada kompromi, tapi kerosakan yang dibuat Mahiaddin kepada Negara lebih teruk dari Najib. Ya, dosa Najib tentang kleptokrat telah dihukum mahkamah. Itu serah kepada Undang-undang, tapi kerosakan Mahiaddin buat lebih besar.
Biarpun Najib dilihat jahat, bagi aku dia akur dengan demokrasi. Dia tak rosakkan Perlembagaan. Malam PH menang di Putrajaya. dia tidak cuba mempertahankan kuasa ketika itu memujuk Pas atau mana-mana parti gabungan PH, buat Scheme Of Thing secara terbuka.
Tak suka macam mana dengan Najib dulu sebagai PM. Dia dapat kuasa secara sah melalui demokrasi dan pilihanraya, bukan khianat, apalagi khianat rakan dan saudara sendiri. Jadi antara perompak dan pengkhianat, lebih jauh teruk sipengkhianat.
Kalau ibaratkan pengurus sebuah Syarikat. Najib umpama pengurus syarikat yang buat untung RM 100 billion, tapi songlap RM 40 billion. Ya, anak bini masih boleh Hidup. Tapi Mahaiddin dia diumpamakan menghilangkan dan merugikan negara lebih RM600 billion habis keluarga porak peranda, anak kebulur tak makan.
Jadi Mahiaddin tidak layak bercakap soal intergriti, bagilah orang lain cakap soal kleptokrat. Sejarah dia sendiri teruk. Hatta apa yang berlaku hari ini melibatkan Perlembagaan dan demokrasi jauh lebih teruk dari Najib Razak hatta mana-mana Perdana Menteri dari Umno.
Jadi Mahaiddin pulangkanlah amanah dan kuasa yang berhak keatasnya. Tidak ada sapa pilih kamu jadi PM. Kamu jadi PM atas kerja khianat. Rakyat memilih PH, bukan PN. Apakah kamu masih belum sedar? Sepatutnya kamu yang sokong PH untuk kestabilan negara. Bukan PH pula kena sokong kamu yang khianat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan