"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 isteri bekas jurulatih Liga Super bergaduh di restoran

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua isteri bekas jurulatih Liga Super sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan bergaduh di sebuah restoran semalam.

Kedua-dua mereka difahamkan bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pergaduhan berlaku di sebuah restoran di Shah Alam. 

“Pihak polis ada terima laporan polis daripada kedua-dua belah pihak isteri jurulatih bola sepak tersebut awal pagi tadi,” katanya.

Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Media sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Wanita yang dikahwini berkenaan bukanlah calang-calang kerana dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

Tiada ulasan: