"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serang imam ketika solat Subuh, lelaki ditahan

Serang imam ketika solat Subuh, lelaki disyaki kurang siuman ditahan
FMT Reporters

Tangkap layar video menunjukkan suspek berbaju Melayu warna ungu cuba memukul imam dengan selipar di tangannya ketika solat Subuh pagi tadi. (Gambar Fail)
PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan kerana menyerang imam ketika solat Subuh di sebuah masjid di Kuantan pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berbaju Melayu ungu, berkain pelikat serta berseluar hitam menyerang mangsa dari belakang.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham menjadi imam jemputan untuk solat Subuh sempena program khatam Subuh 2.0 di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu hari ini.

“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shutter’ masjid.

“Seminit selepas itu, ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, solat dihentikan selepas mangsa berjaya mengelakkan serangan itu.

Katanya, jemaah dan pihak keselamatan masjid menghalang lelaki terbabit sebelum menahan dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: