"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat 'fatwa' Muhyiddin

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya berkaitan 'fatwa' politik dalam ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kempas, Johor, kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Menurutnya, setakat ini pihak polis menerima satu laporan polis yang dibuat di Kuala Lumpur.

"Ya, ada satu laporan diterima dan kita telah buka (kertas) siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman.

"Tindakan selanjutnya dengan mengambil keterangan beliau dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin didakwa menyatakan haram bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat pada PRK Parlimen Pulai.

Muhyiddin mendakwa ia sebagai menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

Susulan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar kenyataan dibuat Muhyiddin dan menyifatkan fatwa politik dikeluarkan semata-mata untuk kepentingan politik.

Tiada ulasan: