Bernama
Polis berkata mayat Florence Galu ditemui kira-kira 8.15 malam Ahad dalam keadaan terapung di sungai oleh penduduk Rumah Rundang, Nanga Manggut. (Gambar Facebook)
SIBU: Seorang wanita ditemui maut dipercayai dipatuk ular ketika mencari siput sungai di Ulu Machan, Kanowit.
Ketua Polis Kanowit, Tega Bilong, berkata mayat Florence Galu, 48, ditemui kira-kira 8.15 malam Ahad dalam keadaan terapung di sungai oleh penduduk Rumah Rundang, Nanga Manggut yang mencari mangsa kerana tidak pulang ke rumah panjang sejak 4 petang Sabtu lalu.
“Siasatan mendapati mangsa dipatuk ular di pergelangan tangan sebelah kanan dan tiada kesan lain mencurigakan pada mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, anak kedua daripada enam beradik itu belum berkahwin dan ditemui kira-kira 30m dari rumah panjang terbabit.
Mangsa dibawa ke rumah panjang dan dikebumikan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan