"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas cedera digigit buaya ketika tangkap udang galah

Bernama

ALOR GAJAH: Seorang warga emas berdepan detik cemas hampir dibaham buaya ketika menangkap udang galah di perairan Sungai Timun, Lubok Cina pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Alor Gajah, Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Nurkaisa Ausad, 65, berasal dari Linggi, Negeri Sembilan cedera di pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit, selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.

“Daripada laporan polis dibuat anak mangsa Isnin lepas, pengadu Muhammad Omar, 24, menerima panggilan telefon daripada kawan ibunya yang memaklumkan mangsa digigit buaya ketika menangkap udang bersama nelayan lain di perairan itu.

“Semasa ibunya mahu turun menyerkap udang galah di dalam sungai tidak jauh daripada perahu dinaiki, tiba-tiba mangsa digigit seekor buaya,” katanya dalam kenyataan.

Arshad berkata, mangsa kemudiannya meronta-ronta sebelum berjaya melepaskan diri daripada gigitan buaya itu.

Tetapi katanya, selepas berjaya menyelamatkan diri daripada buaya itu, kepala wanita terbabit terhantuk bucu perahu menyebabkan dia cedera.

“Rakan nelayan yang menyedari keadaan itu kemudiannya menyelamatkan mangsa dan membawanya ke daratan, seterusnya ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

“Keadaan wanita itu kini stabil dan kes dirujuk kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan seterusnya.”

Tiada ulasan: