"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes DNNA Zahid: Bersatu dakwa kredibiliti Anwar hilang musnah

Malaysiakini

Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendakwa kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan juga seorang reformis telah hilang musnah.

Merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan tanpa melepaskan (DNNA) Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, katanya Anwar akan terus "membersihkan" imej semua yang bersekongkol dengan dia dan terus mencemarkan imej mereka yang menentangnya. 

“Dalam kes (Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin), pasukan pendakwa membantah permohonan untuk menggugurkan pertuduhan malahan sekarang sedang merayu keputusan mahkamah itu.

“Tetapi dalam kes Zahid, pihak pendakwa memohon Zahid dilepaskan walaupun sebelum ini mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Zahid,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi, melepas dan membebaskan Muhyiddin, atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi partinya itu.

Bagaimanapun pada hari yang sama Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Zahid pula hari ini dilepaskan setelah mahkamahmembenarkan DNAA yang dipohon oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, walaupun menghormati keputusan mahkamah, yang lebih penting ialah perkembangan ini adalah cerminan kredibiliti Anwar.

“Dunia menyaksikan betapa kredibiliti Anwar sebagai seorang reformis telah hilang musnah.

“Sebab itulah kita mesti menerima hakikat karakter Anwar yang sebenar. Anwar adalah seorang perdana menteri yang gagal, dan dia mengetuai sebuah kabinet yang tidak kompeten. Maka itulah dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kekal di takhta kuasa.

“Kita boleh jangka bahawa selepas ini Anwar akan terus membersihkan imej semua yang bersekongkol dengan dia, dan dia juga akan terus mencemarkan imej mereka yang menentangnya,” katanya.

Tiada ulasan: