"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Minta rasuah bebas suspek dadah, 3 anggota polis ditahan SPRM

Bernama

MELAKA: Tiga anggota polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima rasuah daripada seorang individu untuk melepaskan beberapa suspek disyaki memiliki dadah jenis syabu.

SPRM dalam kenyataan berkata Majistret Khairunnisak Hasni membenarkan permohonan reman terhadap tiga anggota polis berkenaan yang berpangkat Koperal dan Lans Koperal bermula hari ini.

“Semua suspek ditahan 7 malam semalam di pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati suspek meminta rasuah daripada seorang individu berjumlah RM800 dan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah balai polis lokasi mereka bertugas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Tiada ulasan: