"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahiaddin pun dah berjangkit perangai ‘penghukum’ Pas

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Bila Mahiaddin bagi hukum ‘haram undi Suhaizan’, mungkin bagi walaun itu melucukan.

Hakikatnya Mahiaddin dah berjangkit dengan perangai ‘Penghukum’ Pas. Pas bukan lagi ‘Pendakwah’.

Al-Qardhawi hingga menulis buku “Islam jalan tengah, menjauhi sikap berlebihan dalam agama”. Kerana hal ni menyebabkan bencana di dunia Arab dulunya. Haji Hadi import ke Malaysia.

Sedikit lagi Mahiaddin akan berjangkit perangai takfiri, ghuluw dan khawarij kerana itu fikrah mainstream dalam Pas kini. Mahiaddin Import pula kepada bangsa Johor.

Ingat lagi apa kata Mahiaddin dulu? “Pas Parti Ajaran Sesat”. Beliau telah join kelab sesat yang sama.

Manusia dibentuk ikut siapa dia berkawan dan buku apa yang dibaca.

Dalam disiplin ilmu Islam, proses instinbat hukum haram atau halal ada tatacara dan justifikasi hukum. Dalilnya, kaedah fikhnya.

Tapi Mahiaddin meniru gaya Haji Hadi, bermudah dalam menghukum dan melabel sesat orang yang tidak ikut hukum yang dia fatwakan.

Fatwanya pula berubah-ubah. Asal saja untungkan puaknya walaupun akhirnya akibatkan kematian seperti di Memali.

Contohnya, rasuah haram untuk orang lain, tapi halal untuk Pas walaupun mahkamah batalkan kemenangan Pas di Parlimen Kuala Trengganu kerana rasuah.

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” [Surah An-Naḥl: 116]

Tiada ulasan: