Bernama
CHICAGO: Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam insiden tembakan awal pagi di Madison, ibu negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Ketua Polis Madison, Shon Barnes dalam sidang media berkata sembilan mangsa cedera akibat tembakan, manakala seorang lagi cedera terkena pecahan kaca dalam pesta di sebuah pangsapuri di pusat bandar Madison.
Mangsa berumur 14 hingga 23 tahun.
Barnes berkata, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira 12.45 tengah malam.
Tiada kecederaan mengancam nyawa mangsa dilaporkan.
Polis menemui dua kelongsong peluru berbeza di tempat kejadian, menunjukkan dua senjata berbeza digunakan.
Tiada tangkapan setakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan