"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Dia yang tak bayar PPR, dia yang tengking orang’

KOSMO!

PETALING JAYA – “Kenapa tak nak tolong bangsa sendiri? Warga asing yang sibuk berniaga tepi jalan, tiada permit tak ada pula nak pergi kacau. Pergi la kacau sana”.

Demikian reaksi balas seorang penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) apabila rumahnya didatangi dua anggota pihak berkuasa bagi menuntut pembayaran sewa kediaman yang telah tertunggak.

Menerusi satu video tular di TikTok hari ini, wanita terbabit dilihat berang dengan kehadiran pihak berkuasa malah dia turut meninggikan suara sewaktu perbincangan sedang berlaku.

“Tak payah ‘semak’ la. Sudah itu datang ‘semak’ dekat sini buat apa? Saya tengah susah, suami saya sakit, itu pun tak boleh faham kah?,” katanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa terbabit cuba untuk menenangkan wanita tersebut selain ingin menerangkan mengenai skim bayaran ansurans yang dapat membantu meringankan bebannya.

“Puan Hidayah, dengar dahulu penjelasan saya. Kita datang sini nak bantu puan. Puan punya sewa hanya RM124 sahaja sebulan,” kata anggota pihak berkuasa itu.

“Memang lah, saya tahu. Tetapi saya tengah susah. Jangan kata RM124, RM50 pun saya tak ada dalam akaun sekarang,” balas penghuni wanita terbabit

“Sebab itu kami datang nak bantu puan, saya tahu puan susah. Kita datang ini nak beritahu yang kita ada skim ansuran (melibatkan bayaran PPR),” balas anggota tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: