"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki lebih sayang sampah daripada bini

Nurul Husna Mahmud dan Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
SIKAP terlalu sayang untuk membuang barangan yang sudah rosak merupakan penyakit psikiatri.
SIKAP terlalu sayang untuk membuang barangan yang sudah rosak merupakan penyakit psikiatri.
Johor Bahru: Sukar dimengertikan apabila wujud golongan individu 'jatuh cinta' pada objek layak dipanggil sampah. Tabiat aneh ini diburukkan apabila ada antara mereka seolah-olah 'berkahwin' dengan sampah dan bahagia hidup dikelilingi barangan lusuh atau kitar semula.

Sikap terlalu sayang untuk membuang barang yang mungkin sudah tidak perlu atau sudah rosak ini dan boleh dipanggil sebagai masalah hoarding disorder.

Penyakit psikiatri ini yang biasanya dihadapi penduduk negara maju didapati menular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila bilangan semakin bertambah terutama di bandar besar.

Pengidap masalah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Sim, 70 berkata, 'penyakit' pelik itu bermula selepas dia melakukan kegiatan mengutip barangan kitar semula bagi menambah pendapatan.

Menurutnya, kegiatan itu bagaimanapun mula menjadi tabiat yang dilakukannya hampir setiap hari sejak lebih lima tahun lalu.

Dia yang tinggal di bandar raya ini mengakui meluangkan masa dua hingga tiga hari bagi rutinnya mencari dan membawa pulang hasil kutipan untuk dikumpul.

Menurutnya, setiap barangan lusuh yang dikumpul tidak akan dilupus atau dijual.

"Saya sayang mahu buang barangan ini, sebelum ini ada barangan saya jual, tetapi selepas itu saya tidak mahu jual dan lebih gemar mengumpulnya.

"Saya tinggal berseorangan di rumah. Apabila saya keluar kumpul barangan kitar semula ini, sekurang-kurangnya saya tidak bosan.

"Memang ada jiran berhampiran meluah rasa jijik susulan tabiatnya itu. Namun saya tidak endahkan kerana anggap ia tidak mengganggu sesiapa," katanya.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan, M Ravin, 58, berkata, abang kandungnya berusia 60-an turut mengalami masalah hoarding disorder hingga menjadi punca keretakan rumah tangga.

Menurutnya, sebelum ini abangnya bekerja sebagai pemandu teksi dan gemar membawa pulang barangan kitar semula yang dikutip.

Katanya, tabiat itu bertambah buruk hingga setiap ruangan di kediaman teresnya di Masai di sini, dipenuhi pelbagai sampah.

"Ia menjadi punca pembiakan nyamuk dan lalat di kediamannya hingga mula menjejaskan keselesaan ahli keluarga.

"Sebelum ini abang tinggal bersama isteri manakala anak lelakinya belajar di Kuala Lumpur.

"Kami cuba menasihati abang supaya membuang tabiat buruknya itu berikutan 'hobinya' menimbulkan keresahan jiran.

"Malangnya abang tidak berubah sikap hingga mengakibatkan isterinya melarikan diri dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama anak," katanya.

Ravin berkata, antara barangan kerap dikumpul abangnya bateri kereta terpakai, tayar terpakai, botol minuman, perabot buruk dan sebagainya.

"Timbunan sampah di rumah abang mungkin memakan masa untuk dibersihkan berikutan ia terlalu banyak," katanya.

Tiada ulasan: