"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat wanita dalam rumah, anak lelaki ditahan

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Ipoh: Lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat ibunya di dalam rumah di Dataran Tasek Timur, Anjung Bercham, di sini, hari ini.

Mayat warga emas berusia 60-an itu ditemukan tertiarap di ruang tamu rumah itu dengan kesan luka dan darah di kepalanya.

Penahanan lelaki berusia 30-an itu disahkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

"Setakat ini, tiada 'lead' (petunjuk) untuk kes diklasifikasikan sebagai bunuh. Esok baru buat post mortem. Buat masa ini kami buka siasatan sebagai mati mengejut," katanya.

Sementara itu, anak perempuan mangsa dikenali Denish, 27, berkata, kali terakhir melihat ibunya pada tengah malam selepas dia membelikan makanan.

Dia yang sarat mengandung lapan bulan kemudian keluar dengan jiran, N Sangeeta untuk tidur di rumah rakan mereka disebabkan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan pada pagi tadi.

"Selepas pemeriksaan, saya telefon ibu untuk beritahu saya perlu dirujuk ke hospital disebabkan tekanan darah rendah.

"Beberapa kali saya telefon tapi tidak berangkat sehinggalah saya menelefon seorang lagi rakan yang tinggal berdekatan untuk menghantar makanan kepada ibu saya.

"Selepas itu saya terima panggilan daripada rakan, yang memaklumkan ibu sudah meninggal dunia," katanya.

Tiada ulasan: