"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja mengaku salah mereka-reka cerita yang dia diculik

Padah reka cerita diculik, gadis didakwa
Padah reka cerita diculik, gadis didakwa
Padah reka cerita diculik, gadis didakwa Remaja (tengah) yang mendakwa dirinya diculik dibawa ke mahkamah untuk didakwa. – Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KLANG: Remaja perempuan yang mereka cerita diculik baru - baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang dan mengaku bersalah terhadap tuduhan memberi maklumat palsu.

Dia yang berusia 15 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Nor Asma Ahmad sebentar tadi.

Gadis itu bersalah dengan sengaja telah menggunakan keterangan bahawa diculik sebagai keterangan benar adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Klang jam 9.12 pagi pada 29 Disember lalu.

Nor Asma menetapkan 14 Januari depan untuk fakta dan perintah.

Sementara itu, seorang pekerja penyembur nyamuk sambilan mengaku tidak bersalah merogol gadis berkenaan.

Dia yang berusia 16 tahun itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun enam bulan di sebuah rumah di Bandar Suleiman pada sekitar Disember 2014.

Selain itu, remaja lelaki, Gan Chin Teck,19, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan penjaga yang sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Sultan Suleiman, dekat sini pada 27 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 serta Seksyen 361 kanun sama.

Sebelum ini, kehilangan gadis itu menjadi viral di media sosial selepas rakaman perbualan telefon bersama kakak angkatnya tersebar.

Pada peringkat awal, remaja itu masih boleh dihubungi menerusi telefon bimbit yang memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya, sebelum dimaklumkan beliau dilarikan dua lelaki tidak dikenali semasa dalam perjalanan ke rumah.

Dia juga memberitahu dirinya dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

Dia kemudiannya ditemui selamat oleh sepasukan polis di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, dekat sini.
-sinarharian-

Gara-gara kritik Najib artis ini hampir muflis

FMT Reporters
soo-win-chiPETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci mengaku hampir muflis apabila beberapa penaja menarik diri daripada menaja konsert solonya selepas dia mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, dia terpaksa melaburkan sebanyak RM500,000 untuk meneruskan konsert itu gara-gara beberapa penaja menarik diri di saat-saat akhir.

Katanya, dia tidak dapat membuat promosi untuk konsert berkenaan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggakan jualan tiket tidak mendapat sambutan.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak menyesal kerana kejadian itu telah membantu mempopularkan dirinya ke luar negara.Naesssss

“Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.

“Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.

“Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” katanya lapor Mstar Online.

Konsert bertemakan “Simply Inwinccible’ itu diadakan pada 31 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penyanyi itu yang sedang mencipta nama di Taiwan dan popular dalam kalangan peminat hiburan tempatan selepas menyertai Masterchef Malaysia terbitan ASTRO.

Soo Wincci membuat rakaman video yang menyarankan Najib berundur selepas Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu.

Wanita Arab Saudi miang ganggu leleki di pusat beli-belah

Wanita Arab Saudi miang
Jeddah: Sebuah pusat beli-belah terbesar di sini melaporkan 16 kes gangguan seksual yang dilakukan wanita terhadap lelaki.

Walaupun gangguan itu dilaporkan kepada kakitangan keselamatan, tidak seorang pun lelaki terbabit membuat aduan rasmi kerana bimbang ia akan mengaibkan diri sendiri, lapor akhbar Saudi Gazette.

Pengurus besar pusat beli-belah itu Ryan Kaddouri berkata, rakaman CCTV menyokong dakwaan lelaki yang diganggu itu dan video mengenainya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Laporan mengenainya mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk Jeddah dengan sebahagian mereka mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.

“Wanita yang mengganggu lelaki hanya mahukan perhatian, lebih-lebih lagi jika lelaki itu kacak,” kata seorang pengunjung lelaki yang diwawancara akhbar berkenaan.

Seorang wanita pula memberitahu Saudi Gazette, wanita mengganggu lelaki kerana mereka ingin mencari pasangan hidup.
-kualalumpurpost-