KUALA LUMPUR - Bagai satu malapetaka besar buat UMNO apabila, legasi Pak Lah kini melebarkan sayapnya dalam parti itu. Kemenangan Khairy Jamaluddin (foto)sebagai Ketua Pemuda UMNO, jelas sekali bakal merubah "pelan peralihan kuasa" yang bakal berlaku tidak lama lagi. Ia juga memperkukuhkan lagi ramalan ramai pihak yang mengatakan bapa mertuanya Pak Lah Badawi hanya akan melepaskan jawatan Presiden UMNO tetapi bukan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Tambahan pula kini Pak Lah dilihat semakin bertenaga melaksanakan kerjanya setelah pulang dari lawatan ke Kuwait baru-baru ini. Mana mungkin orang yang mahu berhenti akan menjalankan tugas seperti biasa, seolah-olah beliau masih mahu mengekalkan jawatan tersebut. Maka Khairy akhirnya berjaya mengesahkan lagi ramalan tersebut. Dengan kemenangan beliau dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO malam tadi, ia bermakna satu keputusan yang amat mengejutkan semua pihak. Bukan sahaja membuat Najib Razak tidak dapat tidur lena, malah Mahathir Mohamad juga mungkin boleh terkena "sakit jantung" bila melihat anaknya Mukhriz ditewaskan oleh Khairy. Kemenangan Khairy dengan mendapat 304 undi berbanding Mukhriz yang hanya berjaya mendapat 232 undi berbanding Khir Toyo 254 undi itu jelas menggambarkan yang pelan yang diatur sebegitu rapi oleh Najib ternyata gagal.
Tindakan UMNO menggagalkan hasrat orang kuat Khairy iaitu Norza Zakaria bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi akhirnya menyaksikan Naib Ketua Pemuda itu menang bergaya. Namun, sesuatu yang pasti mengejutkan apabila jawatan Naib Ketua pula disandang oleh orang Najib dan Mukhriz sendiri iaitu Razali Ibrahim yang mendapat 417 undimenewaskan orang Khairy iaitu Reezal Merican. Ini semua membuatkan senario politik UMNO bertambah parah sebenarnya. Perpecahan pasti berlaku dan ia bakal mempercepatkan lagi proses pereputan parti karat itu sebenarnya. Kemenangan Khairy bukan sahaja memalukan Mukhriz dan juak-juaknya, malah turut memberi suasana yang muram kepada bakal Presiden UMNO Najib Razak. Bahkan, kekalahan Mukhriz juga menyebabkan hasrat Mahathir untuk kembali ke UMNO nampaknya sedikit terbantut. Malah ketika Khairy membuat ucapan selepas kemenangan beliau itu, terdapat sedikit ketengangan antara penyokong beliau dengan penyokong Mukhriz. Apakah ini menandakan bait-bait perpecahan bakal melanda sayap parti UMNO itu agaknya.
Sementara itu, kami juga berpendapat bahawa kemenangan Khairy Jamaluddin itu bakal menyebabkan Pakatan Rakyat akan menang mudah di ketiga-tiga pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 7 April ini. Ia berikutan sudah pasti team Mukhriz dan Khir Toyo tidak akan turun untuk membantu BN di sana, dek kerana teruja dengan kekalahan tersebut. Malah kami juga difaham keretakan yang sama turut berlaku dalam Wanita UMNO, bila ketuanya Rafidah Aziz (foto)ditewaskan dengan pukulan up-set oleh Sharizat Jalil. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang ditewaskan oleh Nurul Izzah Anwar itu menang dengan mendapat 507 undi sedangkan Rafidah hanya mendapat 280 undi. Ini pastinya membuatkan Rafidah bakal menangis kembali seperti ketika Mahathir mahu melepaskan jawatannya dulu. Kemenangan Sharizat bagai sudah dijangka dan pastinya merupakan tamparan hebat buat UMNO terutamanya orang-orang Rafidah yang masih yakin beliau masih bertenaga untuk mempimpin pergerakan itu. Kini, pasti puak-puak Rafidah juga akan memboikot pilihanraya kecil yang bakal berlangsung nanti. Bahkan, mungkin juga akan ada dikalangan penyokong Mukhriz dan Rafidah yang akan berkabung atas kekalahan kedua-dua pemimpin itu. Dengan kemenangan Khairy juga, bermakna satu lembaran baru pasti akan berlaku dalam UMNO bila mana seorang Presiden berjaya membina kekuatannya semula selepas beliau melepaskan jawatan itu nanti. Ini akan memberi penangan "maut" buat Najib Razak untuk merangka segala agenda peribadinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan